Bait puisi ini ku tulis buat sahabat
Sekadar coretan kata,

Dahulu,
Disaat aku mengenal erti persahabatan
Erti kawan, dan erti seorang sahabat,
Tangis bersulam tawa
Melewati liku kehidupan
Walau sekejap cuma

Tanggal Julai 2006,
Hadirlah seseorang insan,
Insan yang pada mulanya aku sangkakan seteru,
Kerna,
Pertemuanku dengannya,
Pandangan menjadi bahan perbalahan,
Pabila berhadapan dengannya, aku bukan aku
Kata-kata kususun rapi,
Manis bicara,
Hakikatnya?
Rasa benci ini kutahan agar tidak terzahir

Hari berganti hari,
Jam jadi sedetik,
Deruan masa mengalir tanpa celanya

Aku mula mengenalinya,
Ku mula terima ”attitudenya” yang?
Barangkali
mungkin tidak mudah diubah,
Pandangannya kugarap,
Kucari hikmah disebalik setiap
Hasilnya mencetus inspirasi,

Kini, baru ku sedar ,
MasyaAllah !!
Insan yang kuanggap musuh,
Sebenarnya adalah insan yang sangat berpandangan jauh,
Baik pekertinya,
Penyayang sifatnya,
Senda guraunya menyeri rasa ,
Shopping menjadi hobi utama,
M.Nasir menjadi idolanya.

”Hei lelaki !”
”Dimanakah?”
”Eh, jom pegi makan?”
”Eh2 ade sale !”
”Aku malas la nak blaja, ko belajakan utk aku leh”

Hahahaha
Kata-kata yang menjadi tutur biasanya,
Bagaikan sebati denganku,
Terkadang berlegar di ruang fikir,
Diam disudut sepi,

Kini ,
Dialah roomate ku,
Dialah classmate ku,
Dialah SAHABAT ku,
Ahmad Ibrahim Ahmad Zainuddin
Happy Birthday Baem.