Ku tanya diriku ….
Uncategorized May 16th, 2008Ku tutup mataku…dan menahan nafasku
Tapi fikiranku masih lagi bercelaru..
Satu demi satu memori lalu datang menghantui ku lagi
Ku tanya diriku…apakah ini salahku..
Tapi semakin ku fikirkan, semakin deras air mata mengalir di pipi..
Satu demi satu kenangan dulu kembali menghiris perasaan
Adakah aku berseorangan?
Dalam menempuhi hidup yang penuh dengan suka duka
Telah ramai insan ku temui
Namun, hari demi hari..mereka semakin berubah..
Aku…tak pasti adakah mereka masih temanku seperti yang ku kenali dulu.
Adakah aku ini hidup dalam kenangan lalu?
Aku ini …yang masih di sini
Masih seperti dahulu
Hatiku tak pernah berubah
Mungkinkah hanya Tuhan sahaja yang akan selamanya mengerti hati ini
Atau suatu hari nanti..ada insan yang akan memahamiku?
Ku pasrah dengan takdir ini.
September 9th, 2008 at 5:01 am
setelah Tuhan mengerti dan tersemat ikhlas dlm hati…
insan tidak lagi dimengerti…
segala2 nya adlah Dia…